FOMCA telah menghantar memorandum mengenai masalah perkhidmatan bas ekspres kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia.Kemalangan ngeri di jalan raya bukanlah satu perkara baru di Malaysia, terutama kemalangan membabitkan bas ekspres.
Walaupun bilangan kemalangan yang membabitkan bas ekspres kurang berbanding kenderaan yang lain, tetapi apabila kemalangan berlaku, ia melibatkan kehilangan nyawa yang besar. Kemalangan besar yang melibatkan bas ekspres berlaku sekurang-kurangnya sekali setahun sejak tahun 2006.
Sejak kebelakangan ini, kes kemalangan melibatkan bas ekspres semakin mendapat perhatian masyarakat kerana tiada langkah penyelesaian dilakukan walaupun banyak kes kemalangan terjadi. Pada akhir bulan ini dan awal bulan hadapan, rakyat Malaysia akan menyambut musim perayaan dan cuti panjang.
Meskipun tiket bas ekspres sudah habis dijual, tetapi pengguna masih berasa bimbang sama ada mereka akan selamat sampai ke destinasi.
Klik disini untuk muat turun memorandum
Oleh Datuk Marimuthu Nadason
Presiden
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) – 15 Ogos 2011