Adakah anda merasa sesak nafas? Ketegangan otot? Degupan jantung yang meningkat? Terlalu banyak kerja perlu buat tetapi masa yang ada tidak mencukupi? Menghadapi masalah tidur? Selalu lupa makan atau tidak makan pada tetap masa? Jika anda hadapi gejala seperti ini, anda berkemungkinan sedang mengalami tekanan.
Tekanan ialah suatu gangguan emosi, pemikiran dan fikiran. Tekanan tidak boleh dikecualikan dalam kehidupan kita. Terdapat dua jenis tekanan, iaitu tekanan baik yang boleh memotivasi kita dalam kehidupan; dan tekanan buruk yang akan menimbulkan penyakit kronik yang lain.
Bagaimana untuk menentukan bahawa tekanan itu baik atau buruk sangat bergantung pada individu itu sendiri. Sebagai contoh, harapan ahli keluarga mungkin adalah tekanan buruk kepada sesetengah orang, kerana risau dirinya tidak dapat mencapai matlamat dan akan mengecewakan ahli keluarganya. Sebaliknya bagi orang lain, harapan ahli keluarga adalah bantuan kepada mereka untuk meneruskan usahanya untuk mencapai matlamat.
Pengurusan tekanan adalah sangat penting, kerana sekiranya tekanan tidak diurus dengan baik, mungkin akan menyebabkan seseorang itu menghadapi masalah kesihatan fizikal dan mungkin juga timbul masalah membunuh diri.
Untuk mengurus stres, beberapa perkara patut diperhatikan:
- Kenal pasti punca-punca stres pada diri anda. Punca sebenarnya tidak mudah untuk diketahui. Adakah tekanan anda daripada pekerjaan, belajar, kematian orang terdekat, masalah kesihatan, ekonomi dan lain-lain.
- Bagaimana anda merasa secara fizikal dan emosional. Adakah kesihatan tubuh badan berubah? Kelebihan berubah berat badan? Adakah emosional anda stabil dan boleh dijelaskan?
- Apakah anda boleh lakukan bagi menggembirakan atau merelakskan diri? Sebagai contoh, berbicara dengan rakan atau ahli keluarga, lakukan aktiviti fizikal, seperti yoga dan teknik meditasi tekanan atau sesuatu aktiviti yang anda suka.
- Mengamalkan gaya hidup yang sihat. Sebagai contoh, tidur dan makan dalam masa tetap, bersenam dan mengekalkan pemakanan yang sihat. Selain itu, terdapat beberapa jenis makanan dapat mengurangkan tahap tekanan anda iaitu, susu rendah lemak, pisang, tomato, jeruk, lobak, labu kuning, kumpulan vitamin B.
- Belajar menerima bahawa anda adalah seorang manusia yang biasa yang memerlukan bantuan orang lain dan mempunyai kelemahan.
- Belajar bagaimana mengatakan "tidak". Kenal pasti kelemahan diri dan mengelakkan daripada ulanginya. Jangan buat janji yang anda tidak dapat tunaikan.
- Melancong atau bercuti di tempat lain, yang jauh dari tempat atau orang yang menyebabkan tekanan kepada anda.
- Merancangkan masa dengan baik. Pengurusan masa yang buruk akan menyebabkan banyak tekanan.
Sekiranya anda menghadapi masalah tekanan dan tidak dapat menguruskan dengan diri, hubungi kaunselor dan dapatkan bantuan secepat mungkin.
Anna Tay
Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC)