Peningkatan penggunaan komputer dalam kalangan masyarakat sama ada untuk tujuan pekerjaan, pembelajaran mahupun bagi tujuan-tujuan lain seperti permainan komputer, melayari internet atau pencarian maklumat, telah menimbulkan kebimbangan tentang kesannya terhadap fungsi penglihatan secara khususnya, serta kesihatan umum secara amnya.
Dianggarkan 25% hingga 93% pengguna komputer mengalami simptom-simptom yang dikaitkan dengan penggunaan komputer.
Gejala dan tanda
Diantara simptom-simptom yang biasa dialami oleh pengguna komputer tegar ialah:
- Sengal-sengal mata
- Kabur penglihatan
- Mata kering
- Ketidakselesaan penglihatan
- Sakit kepala.
- sakit di bahagian tengkuk dan belakang badan.
Semua simptom ini boleh digolongkan sebagai tanda-tanda klasik bagi sindrom penglihatan penggunaan computer.
Bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pengguna komputer ini, optometrist berperanan penting sebagai pengamal jagarawatan mata primer untuk penglihatan.
Jayasilan Kandasamy
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional