Terdapat jurang yang jelas dalam perlindungan kesihatan mental yang ditawarkan oleh syarikat insurans di Malaysia. Setakat ini syarikat Insurans masih belum menawarkan perlindungan untuk pesakit yang mengalami kesihatan mental.Namun begitu, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah menawarkan bantuan dan sokongan dalam bentuk kewangan kepada ahlinya yang mengalami gangguan kesihatan mental. Sejak 2006, PERKESO memberi pampasan kepada ahlinya yang mengalami tekanan emosi dan kemurungan akibat dari tekanan di tempat kerja. Garis panduan Skim Perlindungan Keselamatan Sosial, iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat (edisi kedua). Garis panduan ini digunakan untuk membolehkan pihak penjagaan kesihatan menilai kemenjadian dan mengenal pasti gangguan mental berlaku akibat tempat kerja.
Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang diperkenalkan oleh PERKESO memberi peluang kepada ahlinya yang kehilangan kerja akibat keilatan, termasuk kesihatan mental menerima elaun, sementara mendapat pekerjaan baru. Sistem ini juga membolehkan ahlinya yang mengalami stres yang tinggi di tempat kerja untuk beralih suasana di tempat kerja atau persekitaran yang baru.Selain dari itu, PERKESO turut menyediakan Skim Keilatan dan juga Pencen Ilat yang dapat membantu ahlinya yang mengalami gangguan mental yang serius, yang menyebabkan mereka tidak dapat bekerja, akan menerima bantuan kewangan untuk menyara kehidupan mereka.Rawatan untuk kesihatan mental ada ditawarkan oleh syarikat insurans Berjaya SOMPO, tetapi rawatan hanya di hospital sahaja dan tidak merangkumi rawatan susulan, seperti terapi selepas rawatan asas.
Sumber: Majalah THE HEALTH.