Syarikat Blacksmith telah menarik balik semua unit ubat batuk kanak-kanak Pediacare yang dihasilkan oleh McNeil Consumer Healthcare, pengilang untuk produk Tylenol dan Motrin yang telah ditarik balik pada bulan lalu.
Walaupun tiada sebarang kes kecederaan dilaporkan, tetapi syarikat Blacksmith masih mengeluarkan notis penarikan balik untuk ubat tersebut. Ini adalah kerana ubat ini dihasilkan di loji Fort Washington, Pa. Yang telah ditutup. Loji yang sama ini juga menghasilkan produk Tylenol dan Motrin yang telah ditarik balik.
Ubat yang telah ditarik balik adalah:
- PediaCare Multi-Symptom Cold 4 oz UPC# 3 0045-0556-05 9
- PediaCare Long Acting Cough 4 oz UPC# 3 0045-0465-04 7
- PediaCare Decongestant 4 oz UPC# 3 0045-0554-04 8
- PediaCare Allergy and Cold 4 oz UPC# 3 0045-0552-04 4
Produk Pediacare yang lain tidak dipengaruhi kerana dihasilkan di loji yang berlainan.
Pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati pada ubat batuk kanak-kanak berjenama Blacksmith yang dikeluarkan oleh McNeil Consumer Healthcare seperti yang ditunjukkan di atas, sekiranya produk seperti yang tersenarai ini didapati, melaporkan kepada pihak berkuasa Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di talian 03-7883 5400 atau Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional di talian 03-7877 9000.
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia