Di Amerika Syarikat, U.S Food and Drug Administartion (FDA) telah meluluskan akta Toxin-Free Toddlers and Babies Act, yang menghalang penggunaan Bisphenol – A (BPA) dalam pembuatan botol susu bayi, dan makanan bayi dalam tin. BPA ini telah dikatakan boleh mebyebabkan pelbagai masalah ksihatan seperti asma, autism, barah, hiperaktiviti, obesiti dan sebagainya.

FDA telah mengkaji isu ini dengan lama dan telah menjalankan pelbagai kajian dan akhirnya mereka telah mendapati bahawa BPA ini adalah bahaya kepada kanak- kanak dan bayi terutamanya. BPA ini dikatakan dapat meniru hormon dalam badan manusia dan menganggu sistem endokrin manusia. Selain dari menjaga kesihatan dan keselamatan pengguna, pihak FDA melihat larangan penggunaan BPA dalam botol susu bayi sebagai satu langkah yang baik untuk mengurangkan penggunaan plastik juga.

Kini, terdapat ramai ibu- bapa yang sudah mula menggunakan botol susu yang diperbuat dari gelas untuk mengelakkan risiko perndedahan terhadap BPA. Penguatkuasaan akta ini dijangka akan berkuatkuasa mulai tahun 2012 di negara Amerika Syarikat.

Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia masih dalam proses mengkaji isu ini dan sedang mengadakan dialog dan perbincangan dengan kesemua pihak- pihak berkepentingan untuk melihat kesan BPA kepada pengguna. Pihak Persatuan Pengguna- Pengguna Standard Malaysia berharap agar pengguna- pengguna dapat memberikan pendangan dan input kepada Persatuan kami supaya isu ini boleh diutarakan kepada pihak kementerian. Selain itu, sebagai seorang pengguna, anda haruslah memperkasakan diri anda dengan maklumat- maklumat mengenai isu BPA ini dan jika boleh, elakkan penggunaan botol susu yang diperbuat dari plastik.

 

 

Mohana Priya
Persatuan Pengguna- Pengguna Standard Malaysia