Banyak produk penjagaan kulit yang ada di pasaran yang sering melabelkan produknya sebagai semula jadi (natural) ataupun organik (organic). Ia bertujuan untuk menarik perhatian ramai pengguna atas sebab yang tertentu – mengelakkan alergi kulit, mesra kepada alam sekitar dan sebagainya.
Namun, adakah dakwaan yang dibuat itu adalah benar-benar semula jadi dan organik?
Majlis Pengguna Hong Kong menyediakan tip kepada pengguna untuk pilihan yang tepat apabila ingin membeli produk kecantikan berasaskan sumber semula jadi dan organik.
Pertama, jika produk tersebut dipersijilkan sebagai semula jadi atau organik, periksa sijil pada produk itu. Ini disebabkan terdapat sistem pensijilan antarabangsa yang berlainan untuk produk kosmetik. Berdasarkan peratusan organik semula jadi atau organik pertanian yang diperlukan, pensijilan produk dibahagikan kepada kategori yang berlainan.
Kedua, membaca senarai bahan dengan teliti. Secara am, senarai bahan kosmetik disusun dalam turutan predominan, iaitu bahan yang unggul disenarai dahulu. Maka senarai ini dapat memberi maklumat pengguna sama ada produk itu mengandungi bahan organik yang disijilkan. Sesetengah produk mungkin mengandungi bahan kimia petro serta bahan awet sintetik dan bukan merupakan produk yang semula jadi.
Ketiga, beri perhatian kepada maklumat lain yang tercatat pada bungkusan. Produk tertentu akan melabelkan senarai peratusan bahan daripada sumber semula jadi atau organik pertanian. Ini memberikan petunjuk tentang peratusan bahan semula jadi atau organik produk itu. Namun ia tidak menjadi asas untuk perbandingan produk yang berlainan. Ini disebabkan produk yang berlainan mempunyai sistem pensijilan yang berlainan dan memerlukan kandungan semula jadi dan organik yang tidak sama.
Sesetengah produk yang mendakwa sebagai bebas daripada bahan kimia seperti pewangi dan pewarna. Namun, dakwaan seperti ini tidak boleh diambil kira sebagai pematuhan kepada standard organik atau mengandungi bahan organik.
Paling pentingnya, pengguna perlu memilih produk penjagaan kulit berdasarkan hanya satu jenis keadaan kulit, masalah kulit, perubahan musim atau penggunaan peribadi.
Pakar kulit menyarankan bahawa:
- Bahan semula jadi dan organik boleh mengakibatkan alergi. Sesetengah pewangi semula jadi (benzyl alcohol, citral, citronellol, eugenol, geraniol, limonene and linalool) adalah penyebab alergi yang umum.
- Sesetengah minyak asas (bergamot, anggur dan lemon) akan meningkatkan risiko penjemuran dan pewarnaan pigmen. Pengguna disaran supaya mengelakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari selepas menggunakan kosmetik yang mengandungi bahan ini
- Produk tertentu mengandungi -hydroxy acids (AHAs) yang mungkin akan menambahkan kemungkinan penjemuran kulit selepas menggunakan kosmetik yang mengandungi AHAs
Pengguna dinasihati supaya berhati-hati semasa membeli dan menggunakan produk yang dilabelkan organik ataupun semula jadi. Pastikan label tersebut mematuhi standard yang ditetapkan. Sebarang pertanyaan tentang produk organik dan semula jadi boleh hubungi Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia di talian 03-7876 4648 atau melayari laman web di www.standardsusers.org.
Sam Wong
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia