Bila komputer lembab, kita pun menjadi malas membuat sesuatu kerja menggunakan komputer. Apa tidaknya, hendak menjalankan sesuatu program memakan masa yang agak lama dan kadang-kadang seperti tidak berfungsi ”hang”. Kadar kelembabannya pula mengalahkan siput yang bergerak walaupun komputer kita sebenarnya memang POWER!

Sebenarnya, banyak perkara yang menjadikan komputer lembab dan 90% adalah disebabkan oleh virus dan spyware yang terdapat dalam komputer. Tambahan pula komputer bersambung dengan talian jalur lebar.

Terdapat tiga sebab utama komputer menjadi tidak responsif dan perlahan, iaitu kekurangan ruangan cakera keras dalam komputer, komputer dijangkiti virus dan spyware serta registry / ingatan komputer terlalu banyak dengan entri-entri yang sama ada hilang atau tidak sah / tepat.


Sekiranya komputer kekurangan ruangan cakera keras untuk berfungsi secara optima, sistem operasi komputer seperti Windows XP/Vista perlu mempunyai ruangan kosong yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik. Sistem operasi seperti Windows XP memerlukan ruang kosong yang agak banyak dalam cakera keras untuk dijadikan memori maya dengan partition sekurang-kurangnya 10%. Dengan kata lain, sekiranya partitition utama mempunyai ruang sebanyak 10GB, sebanyak 10GB diperlukan bagi sistem operasi tersebut. Jika tidak, komputer akan menjadi tidak responsif.

Antara langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini ialah membuang/mengenyahpasang perisian yang jarang / tidak digunakan. Jika terdapat banyak fail video dan audio/mp3 yang dimuat turun, adalah disarankan agar memadamkan aau memindahkan ke lokasi/partition lain atau disimpan ke dalam CD atau DVD kosong. Selain itu, adalah disarankan menggunakan perisian yang boleh melakukan pengimbasan pada registri windows.

Bagaimanapun, langkah pertama yang perlu diambil ialahmemastikan komputer bebas daripada serangan virus dan spyware. Inilah penyebab dan punca utama komputer gagal berfungsi dengan baik.

Nurul Aina Ibrahim Istar
Forum Air Malaysia