Pengguna akan diwar warkan dengan pakej-pakej yang menarik, melalui broshur, dan dengan tawaran percuma, pemberian baucer percuma, percubaan percuma tetapi ianya hanya perangkap untuk menarik pelanggan.
Sebagai pengguna adalah penting mendapatkan maklumat lengkap, keadaan ini berlaku jika jurujual menjual atau perkhidmatan produk untuk mendapatkan kuota jualan yang tinggi, oleh itu jurujual akan berlumba-lumba untuk mendapat komisen yang tinggi. Jurujual akan diajar cara untuk memikat pelanggan sehingga pelanggan akan menandatangani kontrak tanpa meneliti terma dan syarat. Pelanggan juga akan tertarik dengan pengiklanan melalui broshur dan tawaran yang diberikan tanpa mengetahui terma terma yang tertera.
Dalam pada itu, pelanggan mudah terpengaruh dengan pengiklanan yang diiklan tanpa meneliti atau menyiasat, pakej atau pusat tersebut mempunyai kemudahan yang lengkap seperti di dalam broshur mereka. Ini adalah salah ada salahsatu dari taktik strategi pemasaran agen tersebut untuk menarik pelanggan mereka, tanpa mengetahui keadaan atau sebenar pusat kecergasan tersebut. Pusat kecergasan yang banyak seperti cendawan tumbuh mengakibatkan Pusat Kecergasan seperti ini menawarkan pelbagai kemudahan untuk menarik pelanggan. Pelanggan akan terus menandatangani kontrak keahlian selama dua tahun, mengikut terma dan syarat tanpa menyedari syarat-syarat yang tersembunyi , pembayaran akan dibuat samada dengan menggunakan kad kredit atau tunai.
Masalah yang timbul apabila, pelanggan yang ingin menamatkan kontrak yang telah ditandatangani dengan pusat kecergasan seperti berpindah tempat kerja, kehilangan pekerjaan, dan juga masalah kesihatan. Pelanggan dinafikan hak mereka untuk membuat pembatalan walaupun telah berunding dengan pengurusan, berbagai alasan diberikan seperti tidak menjawab panggilan telefon, konsultan sibuk dan sebagainya. Tanpa disedari pihak pusat kecergasan mengambil peluang untuk mengenakan bayaran yang tinggi. Pengguna terpaksa menanggung kos hutang kad kredit walaupun pengguna tidak berminat untuk menggunakan perkhidmatan. Keahlian akan diperbaharui tanpa dimaklumkan kepada pelanggan. Kos dan caj tersebut akan bertambah dan pihak berkenaan akan mengambil tindakan undang-undang kerana tidak membatalkan mengikut kontrak.
Oleh itu, sebagai pengguna kita mestilah memastikan agar berwaspada dengan tarikan atau tawaran sebegini untuk mengelakkan anda terperangkap dan menyebabkan anda berbelanja diluar kemampuan dan bajet anda sendiri.
Norli Baharin