Citibank bekerjasama dengan RTM dan ERA Consumer melancarkan Musim 2 program Pendidikan Kewangan “Tambahkan Nilai Ringgit Anda”
CITIBANK, bersama-sama dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan ERA Consumer Malaysia telah melancarkan Musim Kedua program “Tambahkan Nilai Ringgit Anda” melalui TV1, TV2 dan Radio RTM, berikutan kaji selidik baru-baru ini yang menunjukkan bahawa lebih 70% rakyat Malaysia sedar akan pentingnya pengurusan kewangan, terutama golongan berpendapatan rendah-pertengahan.
Musim Kedua memberi tumpuan kepada penerangan untuk memperkukuh lagi tahap celik kewangan pengguna dan membantu pengguna, terutama yang berpendapatan rendah hingga pertengahan, mempunyai asas yang kukuh demi masa depan kewangan yang lebih cerah, bukan saja untuk diri mereka tetapi juga menanam tabiat pengurusan kewangan yang positif dalam kalangan kanak-kanak. Penyampaian sedia ada dengan mesej pengurusan kewangan yang pokok dan juga akan mengusahakan episod-episod baru yang menekankan topic-topik seperti “Mengawal kredit”; “Mendidik kanak-kanak tentang wang”; “Hidup mengikut kemampuan”; dan “Rancang Persaraan” yang telah dikenal pasti oleh penonton sebagai keutamaan.
Program “Tambahkan Nilai Ringgit Anda” mendapat pembiayaan daripada Yayasan Citi
“Kami melancarkan Musim Kedua “Menambahkan Nilai Ringgit anda” kerana kami yakin akan pentingnya pengguna membuat keputusan berdasarkan fakta demi kesejahteraan kewangan mereka. Mendapat kerja dan menerima gaji belum menjamin prospek kewangan yang stabil. Asas yang kukuh perlu ada dalam bidang perancangan, pembelanjawanan, simpanan dan dari situ, kita perlu mendalami kefahaman dalam bidang-bidang seperti insurans dan pelaburan. Bagi kami, pendidikan kewangan merupakan proses pembelajaran berterusan yang patut digalakkan kerana itu adalah factor penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara dan kesejahteraan sosioekonominya,” ujar Sanjeev Nanavati, Ketua Pegawai Eksekutif Citibank Berhad.
Menurut beliau, hasil penelitian daripada program sulung “Tambahkan Nilai Ringgit Anda” menunjukkan bahawa meskipun pengguna faham tentang perlunya perancangan kewangan, namun masih terdapat kelonggaran dalam kefahaman mereka yang perlu ditangani, itulah sebabnya program susulan ini dilancarkan.
Bersiaran dari Oktober hingga Disember 2010, program akan mensasarkan kira-kira 11 juta penonton dalam kumpulan berpendapatan rendah hingga pertengahan, berumur 25-50 tahun tinggal di kawasan Bandar, separa Bandar dan luar bandar di Malaysia Barat dan Timur.
Program akan disampaikan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Mandarin dalam rancangan bual bicara dan slot berita TV1 dan TV2. Program turut disiarkan di RTM Radio.
Datuk Marimuthu Nadason, Presiden ERA Consumer berkata “Pihak kami sangat sukacita dapat bekerjasama dengan Citibank dan RTM untuk menggalakkan pendidikan kewangan kepada orang ramai. ERA Consumer adalah pendukung kuat bagi hak-hak pengguna. Kami yakin pengguna perlu mendapat pendidikan dan maklumat untuk membantu mereka membuat keputusan kewangan yang betul yang boleh mempengaruhi masa depan mereka serta juga keluarga mereka. Pendidikan kewangan akan membantu pengguna menjaga hak mereka dan memilih produk yang paling bermanfaat kepada mereka. Ada untungnya kita ada pengetahuan.”
ERA Consumer menjalankan kaji selidik preprogram meliputi 121 responden (berumur 25-50 tahun) daripada komuniti berpendapatan rendah – pertangahan di Klang, Selangor, Taiping, Perak; dan Port Dickson, Negeri Sembilan. Kawasan-kawasan ini disasarkan kerana mempunyai kadar tontonan TV1 & TV2 yang tertinggi. Sekitar 31% responden berpendapatan kurang daripada RM500 sebulan, dan 37.2% menerima antara RM500 dan 1,500 sebulan. Antara hasil penelitian yang pokok:
- Responden sedar akan pentingnya pengurusan kewangan dengan lebih 70% menilai pengurusan kewangan sebagai sangat penting.
- 88.5% responden membayangkan bahawa mereka mempunyai matlamat kewangan dan lebih separuh memilih untuk menyimpan lebih demi mencapai matlamat mereka.
- Akan tetapi, 72.1% responden mempunyai hutang / pinjaman, dengan pinjaman beli kenderaan nombor satu dalam senarai. Pembayaran bulanan untuk pinjaman dan hutang-piutang bagi lebih 40% daripada mereka melebihi RM1000.
- Hampir separuh daripada responden tidak berapa tahu banyak mana mereka perlu persaraan, dengan hamper 20% daripada responden membayangkan mereka perlu kurang daripada RM50,000 untuk persaraan atau hari tua. Responden juga memberitahu bahawa mereka sanagt bergantung kepada anak-anak untuk menjaga mereka apabila bersara kelak.
“Berpandukan hasil penelitian ini, ERA Consumer amat yakin bahawa pendidikan berterusan tentang Pengurusan Kewangan adalah cara yang paling berkesan untuk mengubah perilaku kewangan rakyat Malaysia berpendapatan rendah dan pertengahan dalam scenario Negara menjalani transformasi menjadi negara berpendapatan tinggi dalam masa tak sampai 10 tahun dari sekarang,” kata Datuk Marimuthu Nadason lagi.
Sanjeev Nanavati pula menegaskan: “Pengguna mesti memahami asas-asas pengurusan kewangan yang baik untuk menikmati tahap hidup yang selesa dan mengurangkan tekanan kewangan. Pengetahuan tentang apa yang selesa dan mengurangkan tekanan kewangan. Pengetahuan tentang apa yang tersedia dalam pasaran akan membolehkan pengguna memilih dan menilai sendiri apakah keperluan kewangan yang paling bail untuk mereka. Pihak kami ingin mengajar dan membekali mereka dengan ilmu pengetahuan kewangan yang betul supaya berkemampuan membuat keputusan sendiri secara berkesan.”
Utusan Malaysia 30 November 2010