Sememangnya bank-bank sebagai pemberi pinjaman berhak untuk menuntut pinjaman dari peminjam. Peminjam sewabeli kenderaan yang ditimpa musibah kewangan tidak mempunyai peluang untuk meringankan masalah kerana bank-bank sentiasa menggunakan kekerasan dan hak mutlak untuk menuntut tunggakan dengan menarik kereta.
Setelah kehilangan kereta pengguna dibebani kos tambahan untuk membayar kos upah tarik kereta, kos penyimpanan serta lain-lain kos.
Apakah pembelaan kepada pengguna yang menghadapi masalah kewangan?
Pengguna yang tertunggak dipaksa untuk membayar sepenuhnya tunggakan. Jika gagal kereta ditarik. Jika pengguna tidak membenarkan ditarik tunggakan secara bayaran sebahagian tidak dilayan.
Di manakah keadilan bagi meraka yang menghadapi masalah kewangan yang runcing, mungkin ditimpa kemalangan, kehilangan pekerjaan, dialami sakit ….? NCCC mendesak AKTA KREDIT digubal segera untuk membela pengguna secara adil dan saksama.
Sejak rancangan 360 di TV3 malam tadi, banyak aduan dan pertanyaan berhubung hak pengguna berkaitan tukang-tukang kereta yang kasar dan ganas diterima oleh Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC).
NCCC nasihatkan pihak pengguna yang menghadapi masalah bayaran ansuran sewabeli,
- Berhubung segera terus dengan pihak bank untuk mengaturkan pembayaran yang tertunggak. Jika bank tidak layan sila berhubung dengan NCCC segera.
- Jangan sekali membuat bayar terus kepada tukang tarik untuk mengelakkan tindakan ditarik kereta. Esok hari tukang tarik lain akan datang untuk manarik.
- Pengguna mesti mengelakkan dari tunggakan yang menggunung yang tiada siapa dapat bantu.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi,
Muhammad Sha'ani b. Abdullah
Ketua Eksekutif
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)