TRADE IN KERETA? AWAS!!!Sejak kebelakangan ini syarikat penjualan produk pengguna menjadikan selebriti sebagai duta produk mereka. Ini bertujuan untuk melariskan jualan produk kerana tarikan selebriti tersebut.

Jika sekadar menjadikan selebriti untuk melariskan produk tidak lagi menjadi suatu masalah besar kerana IA bergantung kepada pengguna untuk membuat pilihan sama Ada untuk membeli produk tersebut berdasarkan kegunaannya atau kerana selebriti tersebut. Keputusan membeli terletak di tangan pengguna sendiri.


Namun begitu, yang menjadi masalah ialah selebriti menjadi duta produk bagi pemasaran pelbagai peringkat atau multi level marketing (MLM), yang adakalanya bersifat skim piramid. Selebriti tersebut berperanan untuk memberikan penerangan semasa sesi ceramah syarikat untuk bakal ahli. Hasil penerangan selebriti tersebut menyebabkan ramai yang berminat menyertai skim tersebut.

Baru-baru ini akhbar telah melaporkan tentang amaran daripada penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) tentang selebriti yang menjadi duta produk yang tidak berlesen untuk menarik ahli baru.

Kecenderungan melantik selebriti sebagai duta produk ini amat membimbangkan kerana mereka berpengaruh untuk menarik pengguna untuk membeli produk atau terlibat dalam skim MLM (atau skim piramid). Akibat daripada pengaruh tersebut, ramai yang terjebak membeli produk yang kurang berkualiti atau skim piramid ini.

Tindakan KPDNKK memantau kegiatan syarikat jualan langsung yang menggunakan selebriti ini amat wajar. Dalam masa yang sama pengguna juga perlu bersikap waras Dan matang dalam membuat pertimbangan membeli Dan menggunakan sesuatu produk. Pastikan kualiti produk terlebih dahulu. Jangan mudah terpengaruh dengan kedudukan selebriti sebagai duta produk yang belum tentu menunjukkan produk tersebut berkualiti.

Selain itu, pengguna juga jangan terjebak dengan pikatan selebriti untuk menarik menjadi menjadi ahli syarikat jualan langsung melalui skim MLM. Pastikan syarikat tersebut berlesen Dan menjalankan perniagaan jualan langsung yang tulen. Jika syarikat lebih banyak menekan tentang cara untuk membuat tajaan semasa sesi penerangan berbanding dengan maklumat tentang produk yang dijual, dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan syarikat tersebut.

MOHD YUSOF ABDUL RAHMAN
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
20 Mei 2010