Hong Kong, 6 Mei 2011 – Presiden FOMCA, Datuk Marimuthu Nadason, sekali lagi terpilih sebagai Ahli Majlis Consumers International (CI) bagi sesi 2011-2014. Pemilihan tersebut dibuat dalam Persidangan Agung yang diadakan bersempena dengan Kongres Sedunia CI yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong, pada 3 Mei hingga 6 Mei 2011.
Dalam Persidangan Agung tersebut, Jim Guest, CEO Consumers Union Amerika Syarikat, telah menang tanpa bertanding sebagai Presiden CI yang baru, bagi menggantikan Samuel Ochieng dari Kenya. Pada penggal yang lalu, Jim Guest adalah Naib Presiden CI.
Senarai ahli majlis baru CI bagi sesi 2011-2014 ialah:
• Samuel Ochieng - Consumer Information Network (Kenya)
• Gerd Billen - VZVB (Jerman)
• Marilena Lazzarini - Instituto Brasileiro de Defesa do Consumidor (Brazil)
• Beatriz Garcia Buitrago - Consumidores Argentinos (Argentina)
• Kim Jai Ok - Consumers Korea
• Connie Lau - Hong Kong Consumers Council
• Bart Combée - Consumentenbond (Belanda)
• Datuk Marimuthu Nadason - FOMCA (Malaysia)
• Nick Stace - CHOICE (Australia)
• Shirish Deshpande - Mumbai Grahak Panchayat (MGP) (India)
• Saree Aongsomwang - Foundation for Consumers (Thailand)
• Rasmus Kjeldahl - Danish Consumer Council (Denmark)
• Benoît Plaitin - Test Achats (Belgium)
• Dominic Lindley - Which? (United Kingdom)
Pelbagai isu penting dibincangkan dalam Kongres CI pada kali ini, yang merangkumi isu-isu melibatkan kepentingan pengguna di seluruh dunia. Antaranya:
• Ke Arah Perkhidmatan Kewangan Yang Saksama.
• Penggunaan lestari dan Ekonomi Hijau
• Hak Pengguna dan Tanggungjawab Sosial Korporat.
• Makanan yang Selamat dan Berkhasiat Untuk Semua
• Pengguna dalam Dunia Digital
• Hak-Hak Pengguna pada Hari Ini dan Esok
Kongres Sedunia CI kali ke-19 ini, yang bertemakan “Memperkasakan Pengguna Hari Esok”, telah dirasmikan oleh Donald Tsang, Ketua Eksekutif, Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong pada 3 Mei 2011. Seramai 400 orang perwakilan daripada 30 buah negara telah menghadiri Kongres Sedunia yang diadakan setiap 4 tahun sekali.
Laporan oleh:
Mohd Yusof Abdul Rahman