Pendirian Kami:

1.    PENSTRUKTURAN SEMULA AIR
Kami mahu penstrukturan semula air dan migrasi sistem bekalan air ke rejim pelesenan baru (dibawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006- WSIA) dilakukan SEKARANG!
Sesetengah wakil agensi kerajaan ada mengatakan bahawa mereka nampak harapan yang cerah bahawa syarikat-syarikat air di Selangor (negeri paling teruk ditimpa krisis air pada kedua-dua tahun 2008 dan masa kini, 2014) akan meneruskan penstrukturan di bawah WSIA “secara rela” -lalu melengahkan lagi penstrukturan semula di negeri ini.
Persatuan pengguna dan ahli Forum Air Malaysia (FAM) tidak nampak sebarang harapan sekiranya perkara ini tertangguh lagi.


Ramai pemimpin badan-badan awam telah terlibat dalam pembangunan dan aktiviti-aktiviti yang membawa kepada enakmen WSIA 2006 dan Akta Suruhanjaya Air 2006. Masih ramai yang inginkan perubahan radikal hasil daripada krisis air di Selangor pada tahun 1998- kebanyakan “mangsa”krisis air tahun 1998 masih mengingati betapa sengsaranya krisis air yang telah mereka lalui pada tahun itu dan dengan jerebu pada tahun sebelumnya.
Kebelakangan ini pula, kita asyik dengar laporan media yang menyatakan salah satu syarikat pembekal air di Selangor mungkin akan mengambil tindakan undang-undang. Ini adalah salah satu contoh insiden di Selangor yang boleh menjejaskan lagi proses penstrukturan semula.
Kami menggesa semua pihak untuk bekerjasama untuk memastikan bahawa dalam masa kurang daripada 12 bulan, kita akan bersedia supaya tidak berhadapan dengan krisis air seumpama ini lagi!
Kami tidak boleh lagi menerima padah akibat daripada pengurusan bekalan dan pembahagian air yang tidak cekap dan kekurangan keupayaan sesetengah agensi dalam mengawal pencemaran sumber air mentah.
Jika tindakan yang diambil berikutan krisis air tahun 1998 merupakan langkah yang jelas dan efektif, kita tidak seharusnya melalui krisis yang sama. Mereka yang sepatutnya bertindak dan melaksanakan polisi telah gagal didalam perkara ini.
a)    Sejak kerajaan persekutuan mengambilalih aset air Selangor, tiada pengumuman yang terperinci dibuat untuk memaklumkan rakyat Selangor akan perancangan tindakan yang jelas untuk menggerakkan proses penstrukturan semula industri air di negeri ini.

b)    Orang awam perlu tahu mengenai pelan tindakan dan garis masa yang dicadangkan untuk memberikan keyakinan bahawa sistem bekalan air mereka tidak dipertaruhkan lagi.

c)    Satu jawatankuasa yang terdiri daripada semua pihak berkepentingan seperti badan bukan kerajaan dan persatuan pengguna perlu ditubuhkan bagi memastikan ketelusan dan keberkesanan tindakan yang diambil sejajar dengan proses penstrukturan semula.

 


2.    Melaksanakan Pengintegrasian Pengurusan Sumber Air sejajar dengan Pengurusan Permintaan Air (Daripada Kawasan Tadahan Sehinggalah Kepada Pengguna)
Pengurusan Permintaan Air merupakan satu sistem yang menyokong penggunaan air secara efisien supaya dapat mengekalkan kelestarian alam sekitar dan juga ianya dapat mengurangkan kebersandaran kepada projek-projek pembangunan insfrastruktur yang selaunya berkos tinggi.
a.    Tinjauan dan kajian telah menunjukan bahawa kita menggunakan air terawat (Air berharga yang telah dirawat yang merangkumi hampir 23 % kegunaan harian) untuk menyimbah tandas. Ini merupakan fakta.
b.    Pada tahun 2012, air tidah berhasil (NRW) di Malaysia berada pada purata 36.4 % iaitu untuk setiap 100 liter air yang dirawat oleh operator-operator air, 36.4 L mengalir ke saliran parit tanpa sebarang kegunaan. 
c.    Di Negara jiran kita, Singapura, hanya ada satu badan penguatkuasaan yang menguruskan air dari kawasan tadahan kepada pengguna. Menggunakan Negara Singapura sebagai contoh, mungkin akan menimbulkan kemarahan banyak pihak apabila mengambil kira saiz, populasi dan kekayaan. Namun, kami mencadangkan setiap negeri di Malaysia dianggap seperti ‘Singapura’ supayakita boleh mengurus atau mereplikasikan amalan baik dan pengajaran daripada Lembaga Utiliti Awam (PUB) Singapore. PUB menguruskan keseluruhan aliran air: Daripada sumber, pengumpulan, purifikasi dan bekalan air minuman, sehingga ke rawatan air yang telah digunakan dan menukarnya kepada NEWater.

Banyak contoh dan amalan baik juga boleh didapati daripada negara-negara majulain seperti Australia, United Kingdom, Japan dan Korea. Negara yang mempunyai keadaan geografi yang kering dan gersang seperti Australia dan negeri seperti Arizona di Amerika hampir tidak pernah membuat catuan air kepada pengguna mereka. Negara kita mempunyai jumlah kadarhujan yang berlipat kali ganda TETAPI kita dilanda krisis air berulang kali.
Pakar atau pihak berkepentingan di dalam sector air dari pelbagai negara melihat Malaysia dengan rasa tidak percaya atas krisis air masa ini dan juga terhadap status bekalan air di Malaysia-Bagaimana Negara yang mempunyai kadar hujan yang tinggi boleh menghadapi krisis air?
d.    Kita MESTILAH menguruskan ‘aset cecair’ kita (sumber bekalan air mentah) yang secara holistiknya terikat dengan pembangunan mampan serta dengan agenda pengawalan dan adaptasi perubahan iklim negara. Semua perancangan nasional yang lain seperti Rancangan Malaysia seharusnya terikat atau tertakluk dan dipandu oleh agenda tersebut.

3. Melaksanakan Akta Air Minuman Yang Selamat dengan segera

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjalankan banyak ujian ke atas tempat pengambilan air dan juga ujian ke atas bekalan air. Keputusan tidak boleh diakses oleh orang awam. Kadar penggunaan alat rawatan air domestik membimbangkan. Lebih-lebih lagi apabila, kualiti dan prestasi penapis ini tidak disahkan oleh mana-mana pihak berkuasa di Malaysia. Mesin menjual air diletakkan bersama bangunan komersial juga digunakan oleh orang ramai untuk membeli air minuman di antara RM 0.10 kepada RM 0.30. Ujian ke atas kualiti air dari mesin ini menunjukkan bahawa tidak semua menyediakan air minuman yang bersih dan mesin tidak diselenggarakan. Oleh kerana risiko ini, FAM dan ahli-ahlinya menuntut akta ini dilaksanakan dengan serta merta.

4.    Perkara lain yang sama pentingnya adalah supaya orang ramai mengambil berat akan sumber dan bekalan air.


Terdapat banyak mekanisme dan pendekatan yang digunakan oleh operator-operator air untuk mengalakkan orang ramai untuk memaklumkan mengenai paip yang rosak dan pencurian air. Tetapi oleh kerana pengurusan kemudahan pusat  pangilan yang lemah dan masa tindak balas menyebabkan tentangan terhadap usaha tersebut – terutamanya di Selangor

Kami mahukan pengurusan yang yang lebih efektif dan efisien untuk servis perhubungan / pengguna, bukan hanya untuk menjawab panggilan telefon dan menahan banyak panggilan tanpa penentuan, tetapi juga untuk mendapatkan maklum balas pengguna dengan lebih aktif lagi dan bertindak dengan cara yang lebih menepati masa terhadap pertanyaan dan aduan. Pusat ini haruslah memberi kepastian bahawa pertanyaan dan aduan dari pengguna akan diuruskan dengan cepat dan mesra.

Seperti mana kes yang berlaku di Selangor, banyak kali pusat panggilan gagal untuk menjawab atau menghubungi semula panggilan apa lagi untuk membetulkan paip rosak atau mengambil tindakan terhadap masalah kecurian.

Kami sering mendengar mana-mana kempen yang dianjurkan oleh beberapa agensi bermula dan berakhir dengan satu majlis pelancaran yang boros; Cintailah Sungai Kita, Water Conservation Campaign, Energy Efficiency (EE campaigns)

Konsultasi Awam dan Sosial di dalam EIA selalunya dijalankan untuk memenuhi keperluan EIA atau DEIA. Beberapa EIA / perundingan awam DEIA yang kami telah hadiri, dianjurkan dengan tidak berkualiti dan peserta tidak dimaklumkan dengan baik.

Transparensi, kebertanggungjawaban dan pentadbiran baik tidak boleh ditekankan apabila datang kepada untuk menawan orang awam atau pihak berkepentingan.

Agensi-agensi kerajaan sepatutnya menumpukan kepada pelaksanaan dan peningkatan dasar yang tidak menjalankan kempen kesedaran. Ini sepatutnya diserahkan kepada masyarakat di mana kebanyakan penyelidikan telah menunjukkan kejayaanyang  lebih baik dalam menawan orang awam.


5.    Pembangunan Lestari Kebangsaan dan Polisi Perubahan Iklim


Walaupun bukti yang semakin bertambah merujuk kepada perubahan iklim mungkin tidak dapat dibalikkan semula, Malaysia tidak mempunyai polisi yang jelas untuk perubahan iklim atau Pembangunan Lestari. Disebabkan kekurangan ini, kita menghadapi krisis air saban tahun. Tidak lupa juga, banjir kilat di kawasan bandar seperti Kota Tinggi dan Kuala Lumpur.

Semua dasar negara atau rancangan tindakan lain dan program mesti berpandukan dan ditadbir oleh Pembangunan Lestari Kebangsaan dan Polisi Perubahan Iklim.

Bajet hendaklah diperuntukkan secukupnya bagi pelaksanaan dasar ini secara berkesan. Pembiayaan yang tidak perlu untuk penyimpanan spesies haiwan dari luar, loji bahan bakar fosil dan infrastruktur jalan yang besar tidak membantu tetapi sebaliknya menambah lagi pembiayaan awam.

Kami menggesa pihak berkuasa yang berkaitan mencari mereka yang melakukan pencemaran ammonia di beberapa sungai (membawa kepada gangguan bekalan semasa sambutan Tahun Baru Cina tahun ini) di Selangor dan supaya mereka diuruskan dengan TEGAS dan ditutup operasi mereka.

Kami mewakili kepentingan kedua-dua pengguna komersil dan tempatan di negara ini untuk dengan lebih kuat dan tegas menyatakan rasa tidak puas hati kami pentadbiran sumber air dan bekalan air kami.

Kesabaran kami semakin berkurangan dan kami tidak pasti selama mana lagi kami boleh menanggung bekalan air yang diurus dengan lemah ini. Kami TIDAK mahu menanggung akibat daripada individu yang tidak bertanggungjawab atau organisasi dan institut (kerajaan atau swasta) yang menyumbang atau menyebabkan pencemaran air.

Sebarang pertubuhan yang didapati terlibat atau menyebabkan sumber-sumber pencemaran air atau jalan air (saliran dan sungai) harus dianggap sebagai gangguan awam dan ditutup operasi mereka atau sekurang-kurangnya dihukum dengan tegas.

Kita hidup bergantung dengan masa yang dipinjam dan sumber yang diberi oleh alam sekitar adalah satu pinjaman oleh generasi sekarang dari generasi akan datang. Kita perlu mengembalikan kepada mereka seperti semasa kita menemuinya– asli, bersih dan selamat.