KUALA LUMPUR: Setiap hari, seramai 2,200 penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turun memantau bekalan makanan dalam negara.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, seramai 900 pegawai pemantau harga juga ditempatkan di seluruh negara bagi memantau harga barangan asas.

“Kita ada 2,200 penguatkuasa dan mereka turun setiap hari untuk memantau berkenaan dengan bekalan.

“Pada masa sama kita juga ada 900 pegawai pemantau harga, yang turun memeriksa harga di peremis selueurh negara, setiap hari.

“Pada masa sama, penguatkuasa kita ada jadual tetapi ada yang mereka terjah.

“Ada juga mereka berpakaian orang biasa untuk menyiasat di kedai-kedai, bukan sentiasa jadual berkala yang tetap.

“Mereka juga ada tejah dan juga mereka ada memakai pakaian biasa sebagai pembeli biasa,” katanya
.
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap soalan dibangkitkan Datuk Seri Doris Sophia Anak Brodi (GPS - Sri Aman) berkaitan penguatkuasaan dilaksanakan kementerian bagi memantau bekalan dan harga barang dalam pasaran.