Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menjangkakan harga barangan dan produk perkhidmatan dijangka naik berikutan penyelarasan surcaj kos tak berimbang (ICPT) kepada semua pengguna bukan domestik di Semenanjung Malaysia bagi tempoh 1 Julai sehingga 31 Disember.

Timbalan Presiden Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, jangkaan berkenaan dibuat berdasarkan senario kenaikan harga barangan serta produk yang berlaku sebelum ini susulan kepada peningkatan kos operasi peniaga.

Menurutnya, kebiasaan yang sama juga boleh dilihat apabila kos peningkatan berkenaan dipindahkan secara terus oleh peniaga kepada pengguna.

“Buat masa ini kita belum lagi mendapat aduan daripada pengguna berhubung peningkatan harga barangan susulan penyelarasan ICPT ini. Namun, kita menjangkakan peningkatan harga barangan berdasarkan senario sebelum ini.

“Pun begitu, kita telah menerima beberapa aduan mengenai peningkatan harga barangan dan kita tidak menolak berlakunya peningkatan harga barangan susulan penyelarasan ini terutamanya bagi kedai yang banyak menggunakan peralatan elektrik... ini akan memberikan kesan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Yusof berkata, isu kenaikan harga barangan perlu diambil serius oleh kerajaan lebih-lebih lagi antara manifesto utama Harapan adalah bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.

“Ini membabitkan keyakinan rakyat kepada Harapan dan kita (Fomca) berharap agar pihak kerajaan dapat menangani isu ini," katanya.

Sumber :: http://www.sinarharian.com.my/siasat/fomca-jangka-harga-barangan-naik-1.856799

16 JULAI 2018, Sinar Online