Gardenia Logo Vector (.AI) Free DownloadNovember 30, 2020 13:16 MYT
KUALA LUMPUR: Beberapa produk keluaran Gardenia Bakeries Sdn Bhd (GBKL) bakal menyaksikan peningkatan harga sehingga RM0.20 sen bermula 1 Disember, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Menurut syarikat itu lagi, peningkatan harga itu bermula dari RM0.05 sen melibatkan produk roti seperti Gardenia Squiggles - Funky Strawberry, Choco Malto, Gardenia Delicia Soft Roll - Butter Toffee, Sambal Bilis dan Gardenia Fluffy Red Beans.

Sementara itu, bagi kenaikan harga RM0.20 sen pula melibatkan produk roti The Gardenia Toast’em, Delicia Butter Raisin, Butterscotch, Choco Raisin dan Raspberry Milk & Cranberries.

"Semakan harga ini dibuat kerana kenaikan harga bahan mentah seperti lemak sayuran, serbuk koko, susu dan pembungkusan.

"Fokus kami sekarang adalah untuk terus meningkatkan usaha untuk mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan operasi," katanya sambil menambah keputusan untuk meningkatkan harga produk adalah pilihan terakhir.

GBKL pada masa sama berkata tiada peningkatan harga bagi produk lain keluaran syarikat itu.

Terdahulu, tular dalam media sosial mengenai senarai produk Gardenia yang mengalami kenaikan harga.

 

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gardenia-naikkan-harga-roti-270855