Rabu, 23 September 2020 @ 2:55 PM
Kuala Lumpur: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan inisiatif bantuan tambahan kepada empat kategori golongan bagi mengurangkan beban rakyat menghadapi impak Covid-19.
"Golongan pertama adalah golongan B40 yang berkeluarga dan bujang, golongan M40 bagi berkeluarga dan bujang serta pekerja tempatan pelbagai bidang.
"Kategori keempat adalah golongan peniaga mikro dalam pelbagai bidang," katanya dalam Perutusan Khas Kita Prihatin, hari ini.
Beliau juga mengumumkan inisiatif Subsidi Upah dilanjutkan hingga Disember menjadi Subsidi Upah 2.0.
Program Subsidi Upah 2.0 melibatkan peruntukan RM2.4 bilion dan memanfaatkan 1.3 juta pekerja.
Sementara itu, bantuan tambahan menerusi Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) dengan peruntukan hampir RM7 bilion.
Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran iaitu hujung Oktober 2020 dan Januari 2021.
Sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2020/09/623569/bantuan-tambahan-kurang-beban-rakyat