Mei 21, 2020 20:40 MYT

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan 19 barangan kawalan baharu yang terlibat dalam pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) pada musim perayaan kali ini.

Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi memaklumkan pertambahan barangan-barangan tersebut adalah atas permintaan pengguna dan merupakan barangan pilihan utama semasa tempoh perayaan dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Turut tersenarai ialah ikan kembung termasuk ikan mabung, ikan selayang dan ikan tongkol dengan berat antara 7 ekor hingga 10 ekor setiap kilogram (kg).

Barangan lain ialah ikan segar beku kembung, ikan segar beku selayang, ikan segar beku selar antara berat 8 ekor hingga 10 ekor setiap kg, dan ikan temudok dengan berat antara 3 ekor hingga 5 ekor setiap kg.

Pertambahan ini menjadikan keseluruhan 35 barangan kawalan.

"Kementerian akan terus meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan ke atas bekalan dan harga baranagn di seluruh negara.

"Pengguna juga dinasihatkan agar tidak membuat pembelian berlebihan kerana ia akan beri tekanan kepada harga barangan," kata Alexander.

Sumber:

https://beta.astroawani.com/berita-malaysia/kpdnhep-umum-pertambahan-19-barangan-kawalan-243864