Ketika membeli ayam segar, dagingnya berasa lembut dan sejuk tetapi tidak beku. Usai membeli ayam segar segera masukkannya ke dalam peti sejuk tidak lebih daripada dua hari. Jika ingin menyimpannya lebih lama letakkan di dalam bekas pembeku.
*Cairkan dengan baik
Daging beku boleh dinyah beku dengan merendamnya di dalam air. Perkhidmatan Pemantauan dan Keselamatan Makanan Amerika Syarikat (FSIS) juga menyarankan ketuhar gelombang mikro sebagai salah satu cara menyahbekukan daging. Proses ini penting supaya ayam dapat dimasak sepenuhnya.
*Masak dengan sempurna
Suhu 73 darjah Celsius boleh membunuh semua bakteria dalam daging ayam. Cara paling tepat untuk memeriksa sama ada ayam sudah masak adalah dengan menggunakan termometer yang dicucuk ke dalam daging untuk mengetahui suhunya. Perkara ini dilakukan untuk semua teknik memasak baik digoreng, dipanggang atau direbus.
*Hilangkan hanyir pada daging ayam
Daging ayam mentah perlu dicuci bagi mengelakkan pencemaran. Bahan-bahan seperti tepung gandum, limau nipis, daun pisang dan asam jawa biasanya digunakan untuk menghilangkan lendir pada ayam. Pengguna juga perlu kerap membasuh tangan dengan sabun ketika mengendalikan ayam untuk mencegah pembentukan bakteria.
*Awasi cecair pada pembungkus plastik
Semasa di pasar, pastikan ayam segar dibungkus dalam plastik berasingan daripada makanan lain.