KOTA BHARU - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengatur strategi baharu dengan menggabungkan semua koperasi di seluruh negara bagi membentuk perniagaan berskala lebih besar melibatkan enam sektor. Sektor terlibat adalah kewangan, pemborongan dan peruncitan, industri asas tani, peladangan, penjagaan diri, kesihatan dan pelancongan serta hartanah.Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh berkata, dengan penggabungan itu sekaligus dapat membantu koperasi masing-masing memperbesar modal yang sebelum ini terhad. Setakat ini lebih 14,000 koperasi berdaftar di Malaysia dengan seramai 6.5 juta ahli.Beliau merasmikan Koperasi Konsortium E-Mutiara Kelantan Berhad di Panji, Kota Bharu. Setakat kini SKMM telah mencapai perolehan sebanyak RM42 bilion dan berharap akan mendapat perolehan lebih besar mencecah hingga RM55 bilion pada tahun 2020.