Kebelakangan ini timbul banyak isu mengenai premis makanan yang tidak mengendahkan kebersihan premis mereka maupun makanan yang dijual. Banyak kes yang telah di war warkan di pelbagai media di mana makanan yang tidak sesuai untuk dimakan dihidang kepada pada pelanggan.
Mengikut Peraturan 30 Akta Makanan 1983, Pengendali Makanan (PM) perlu menjalani Latihan Pengendali Makanan (LPM) dan mendapat sijil LPM daripada institusi yang ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Begitu juga dengan Peraturan 31 Akta yang sama, mewajibkan semua PM diperiksa dari segi kesihatan dan diberi vaksin oleh pengamal perubatan berdaftar bagi menentukan mereka bebas dari menghidap atau tidak membawa penyakit bawaan makanan.
Setiap Pengendali Makanan perlu dididik tentang penggunaan tuala khusus sama ada tuala lap tangan, tuala lap meja maupun tuala lap peralatan. Pengguna harus menegur pengendali makanan yang menggunakan tuala yang sama untuk semua urusan kerjanya.
Pengendali makanan harus mempunyai ciri ciri berikut:
- Rambut dan kuku yang pendek
- Membasuh tangan selepas ke tandas, sebelum mengendalikan makanan dan selepas mengendalikan makanan mentah seperti ayam, daging, ikan dan sebagainya
- Menggunakan penyepit, sudu atau garpu semasa mengambil makanan. Pastikan PM tidak menggunakan tangan untuk mengambil makanan
- Menudung makanan yang telah dimasak
- Menggunakan tuala khusus untuk mengelap tangan, peralatan makanan dan meja.
Para pelanggan harus memilih premis makanan yang ciri ciri berikut:
- Jauh dari jalan raya, tiada binatang berkeliaran, lalat habuk, lipas dan mempunyai peredaran udara
- Lengkap dengan kemudahan asas seperti bekalan air yang bersih dan selamat, elektrik, saliran longkang dan tong sampah yang bertutup.
- Peralatan makanan yang bersih dan sempurna serta meja yang bersih.
- Pengendali makanan yang bersih, tiada luka di bahagian tangan, memakai apron dan penutup kepala yang bersih.
- Makanan yang telah siap dimasak mesti ditutup
- Tempat sempurna untuk menyimpan makanan mentah (sebelum dimasak)
- Tandas dan tempat membasuh tangan yang bersih dan menyediakan sabun cecair untuk mencuci tangan.
- Pengendali makanan mesti sihat dan tidak batuk, meludah dan menindih makanan semasa menghidang.
Jika para pengguna mendapati premis makanan dan pengendali makanan yang tidak mengkut peraturan, sila laporkan kepada pihak berkuasa atau mana mana Jabatan Kesihatan daerah atau negeri.
Sumber daripada: Kementerian Kesihatan Malaysia