Cash loans should qualify for moratorium reliefRabu, 29 Julai 2020 | 3:40pm
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lanjutan moratarium dan bantuan bank bersasar bukan saja melonjakkan semula ekonomi negara malah menjamin kesejahteraan hidup rakyat.

Katanya, keputusan dilakukan kerajaan dengan kerjasama institusi perbankan negara itu turut diharap menyokong kemampanan perniagaan dan membantu usaha memulih ekonomi negara.

"Dengan pengumuman ini, saya harap Makcik Kiah, Pak Salleh, Encik Lee, Puan Rani, Encik Douglas dan semua rakyat Malaysia dapat menarik sedikit nafas lega sementara kerajaan dan pihak industri berusaha memulihkan semula ekonomi negara," katanya dalam Pengumuman Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar, hari ini.

Beliau turut berpesan supaya rakyat menjaga kesihatan dan diri sebaik mungkin kerana COVID-19 masih ada wujud dalam kalangan masyarakat.

"Demi kebaikan anda dan kita semua, sentiasa amalkan penjarakan sosial, pakai pelitup muka di tempat awam, elak tempat yang sempit dan sesak serta tidak kekal untuk amal normal baharu dalam kehidupan.

"Sama-samalah kita berdoa semoga dihindari daripada jangkitan virus COVID-19," katanya.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/716071/lanjutan-moratorium-lonjak-ekonomi-jamin-hidup-rakyat