Tenaga Nasional Bhd. (TNB) menafikan satu mesej tular dalam media sosial kononnya Ahli Lembaga Pengarah TNB telah menerima arahan kerajaan untuk menaikkan tarif elektrik sebanyak 30 peratus.TNB dalam kenyataan memberitahu, mesej tersebut yang kononnya ditulis oleh seorang pekerja TNB adalah palsu dan tidak berasas.Selain itu, jelas kenyataan itu lagi, TNB tidak mempunyai warga kerja seperti yang dinamakan dalam mesej berkenaan.“Justeru TNB menasihatkan orang ramai untuk mengabaikan mesej tersebut dan tidak berkongsi akan mesej tular berkenaan. Untuk makluman, tarif elektrik ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga,” jelas kenyataan tersebut.
Justeru, TNB harus tampil dengan solusi baru dan munasabah untuk mengira bil secara prorata ketika ini diragui oleh masyarakat. En. Saravanan Thambirajah selaku Presiden Persatuan Pengguna dan Tenaga Malaysia berpendapat "Kesilapan teknikalnya adalah bagaimana mereka membuat pengiraan bacaan anggaran. Ujar beliau kita perlu tunggu hasil laporan Kementerian terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa tindakan."
Saksikan liputan penuh di https://youtu.be/DmhKL6f4XoA