KUALA LUMPUR – Tindakan mengenakan denda sebanyak RM400 untuk kehilangan pasport kali pertama dilihat tidak wajar dan terlalu tinggi.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, mungkin denda untuk kehilangan kali pertama boleh dikurangkan sedikit.
“Namun, jika untuk kali kedua atau ketiga yang masih menggunakan alasan sama, mungkin tidak boleh kurang daripada RM400.
“Selain itu, alasan yang diberikan juga seharusnya tiada unsur-unsur kecuaian. Jika mempunyai unsur tersebut, wajar pihak imigresen mengenakan denda yang lebih tinggi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Tambahnya lagi, denda itu merupakan salah satu bentuk hukuman kepada pengguna supaya mereka menjaganya dan lebih berhati-hati serta mengurangkan sifat kecuaian itu sendiri.