Syarikat pengeluar minyak dunia, BP telah gagal mengawal tumpahan minyak petrol hampir 75.7 juta liter yang memenuhi perairan Teluk Mexico. Tumpahan minyak ini mengakibatkan kerosakan kepada ekosistem laut yang menjangkau lebih daripada 8000 jenis spesis hidupan. Walaupun bahan pengurai cuba digunakan, namun ia tidak memberi kesan.
Kebocoran telaga BP (Deepwater Horizon) menyebabkan kehilangan hampir 1.5 peratus daripada simpanan keseluruhan iaitu 50 juta tong minyak.
Di Malaysia, kebocoran minyak telah berlaku akibat pelanggaran kapal laut milik Malaysia di perairan Malaysia-SingapuraMT Bunga Kelana 3 berlanggar kapal kargo MV Waily di Tanjung Stapa, Pengerang, Johor. Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah berkerjasama dengan agensi tempatan dan pihak berkuasa Singapura untuk mengawal tumpahan tersebut.
Kehidupan para nelayan telahpun terjejas akibat kejadian tersebut sehingga mengganggu pendapatan mereka dalam tempoh yang lama
Sungguh menghairankan apabila kejadian seperti ini berlaku, usaha hanya yang lebih tertumpu kepada pembersihan tumpahan minyak.
Tidak adakah teknologi radar dan satelit yang dapat mengesan pergerakan kapal di laut? Adakah teknologi pemasangan paip dan penyelengaraan tidak dapat mengelakkan kebocoran di Teluk Mexico? Faktor manusia iaitu tenaga pakar masih memainkan peranan penting dalam pelaksanaan teknologi canggih. Oleh itu kegagalan dalam pelaksanaan ini masih boleh menyebabkan malapetaka berlaku.
Adakah Malaysia bersedia menggunakan teknologi nuklear walaupun risikonya jauh lebih tinggi daripada kebocoran seperti yang berlaku ini?
Piarapakaran Subramaniam
Setiausaha Agung
WECAM
4 Jun 2010