Iklan Keliru di Laman Sesawang

Saya dapati sesetengah produk diiklankan di laman sesawang hanya indah khabar dari rupa. Apakah garis panduan iklan supaya pengguna tidak tertipu? (Ahmad; Kajang, Selangor)

FOMCA : Sememangnya wujud jawatankuasa iklan mengelirukan di bawah Kementerian  Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta garis panduan daripada KPDNKK bagi mengelak ditipu iklan palsu.

Tugas mereka untuk mengenal pasti iklan yang tidak mengelirukan rakyat, namun banyak iklan mengelirukan kini wujud di laman sesawang hingga menyebabkan kita sukar mengenal pasti  pengiklan.

Kebanyakan perniagaan secara dalam talian tidak berdaftar, jadi pembeli tiada maklumat mengenai penjual. Bagi yang ingin membeli-belah secara dalam talian (online), dinasihatkan supaya membuat semakan terlebih dulu mengenai  syarikat itu.

Selain itu, jangan membeli banyak sekaligus. Jika berlaku penipuan pembelian secara dalam talian, anda boleh membuat aduan terus kepada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) di talian 03 7877 9000 / 03 7874 8096 atau emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. . Anda juga boleh membuat aduan kepada KPDNKK melalui Tribunal Tuntutan Pengguna di talian 03 8882 5822 atau Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia 03 8688 8000, emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. untuk tindakan lanjut.

Sumber : http://www.nccc.org.my/v2/index.php/home , https://ttpm.kpdnkk.gov.my/portal/index.php/my/direktori/direktori-ibu-pejabat-ttpm , http://www.skmm.gov.my/Contact/Headquarter.aspx

 

Bayar Pampasan Ikut Polisi

Saya baru sahaja melanggan polisi insurans nyawa dan sering mendengar kes tuntutan pampasan tidak mendapat bayaran yang sepatutnya. Apa perlu saya lakukan jika perkara ini berlaku? (Rashid; Bangi, Selangor)

FOMCA : Sebelum membuat tuntutan, anda perlu peka terhadap keperluan polisi insurans itu sendiri dengan membaca segala syarat yang terkandung dalam polisi yang diberikan untuk simpanan anda.

Polisi insurans sebenarnya adalah satu kontrak antara pihak syarikat insurans dan anda, iaitu pampasan akan hanya dibayar jika kecelakaan atau kemalangan yang terkandung dalam polisi.

Selain itu, bayaran tuntutan juga bergantung kepada premium yang dibayar. Oleh itu, jika anda mendapati perkhidmatan yang diberi kurang memuaskan, anda berhak menggunakan kuasa dan hak untuk mengemukakan aduan kepada pihak berwajib. Ada peruntukan undang-undang bagi mengawal selia industri insurans untuk memberi perlindungan kepada pemilik polisi insurans mengikut Akta Insurans 1996.

Justeru, pengguna berhak diberi perlindungan sewajarnya dari pihak berkenaan supaya dapat menikmati kehidupan yang lebih terjamin jika berlaku kecelakaan yang menyebabkan hilang daya kemampuan untuk bekerja.

 

Harga Daging Naik Mendadak

Saya selalu ke pasar basah untuk membeli barangan keperluan makanan harian. Namun, saya perhatikan sesetengah barang basah yang harganya naik mendadak dalam bulan ini seperti daging import. Adakah ia berpunca daripada musim perayaan? (Ali; Keramat, Kuala Lumpur)

FOMCA : Kebiasaannya kontrak pengimport daging dan pengeluar daging dalam tempoh setahun hingga dua tahun. Sepatutnya tidak berlaku kenaikan harga dan jika masalah kekurangan daging berlaku, kos kenaikan harga tidak sepatutnya ditanggung pengguna.

Peniaga juga sering mengambil kesempatan apabila tiba musim perayaan kerana masyarakat biasanya tetap akan mendapatkan juga bahan mentah itu dalam kuantiti banyak untuk keperluan mereka.

 

Sumber : Metro Ahad – 27 September 2015