IPOH - Orang ramai (pengguna), disarankan agar tidak mengambil jalan penyelesaian sendiri terhadap permasalahan yang dihadapi terutamanya melibatkan perkhidmatan komunikasi dan multimedia.
Pengarah Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), Izham Khairuddin berkata, sebanyak 7,556 aduan diterima CFM pada 2016 dan daripada jumlah berkenaan sebanyak 202 aduan diterima daripada pengguna di Perak.
Menurutnya setakat ini, CFM telah berjaya menyelesaikan sebanyak 99 peratus aduan dan sedang berusaha untuk mengurangkan beberapa aduan yang kerap dilaporkan.
"Kita (CFM) sedang menambah baik pengurusan penyelesaian aduan, selain sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang ramai untuk menjadi pengguna yang bijak.
"Pengenalan aplikasi mudah alih, MYMobileRights (MMR), pada April, 2016 lalu juga diharap dapat mewujudkan platform digital kepada pengguna bagi membuat aduan mengenai perkhidmatan komunikasi dan multimedia hanya melalui telefon pintar masing-masing," katanya lagi.
Izham berkata demikian ketika berucap sempena Sesi Perkongsian Maklumat Industri (KSS) Edisi Ke-6, di sebuah hotel terkemuka, hari ini.
Difahamkan, KSS berkenaan dianjurkan sempena Hari Hak-Hak Penggu/ na Sedunia (WCRD) 2017 yang bertemakan 'Membina Dunia Digital Yang Dipercayai Pengguna.'
sumber :- http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/isu-komunikasi-multimedia-usah-buat-cara-sendiri-1.647606