Jerebu tebal menjejaskan kesihatan cucu saya yang berumur empat tahun”Aileen SundangPeningkatan kes pembakaran terbuka di daerah ini dan daerah berhampiran menjejaskan aktiviti harian penduduk sehingga perlu mengehadkan kegiatan luar rumah.Keadaan itu menyebabkan persekitaran berjerebu apabila Kimanis sebelum ini pernah merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu melebihi 115.Penduduk Kampung Sabandil, Aileen Sundang, 58, berkata, jerebu yang berlaku sejak awal musim kemarau semakin teruk beberapa hari lalu berikutan kebakaran belukar di kawasan bukit belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Sabandil.“Jerebu tebal ini menjejaskan kesihatan cucu saya yang berumur empat tahun. Jadi saya tidak biarkan dia keluar rumah kerana bimbang sesak nafas.“Cuaca panas berpanjangan juga menyebabkan tanaman sayur kering, ditambah pula air graviti di rumah perlahan alirannya,” katanya.
Penduduk Kampung Lanas di Kimanis, Mohammad Abd Rahman, 33, berkata, jerebu biasa melanda waktu pagi sahaja, namun semalam keadaan semakin buruk hingga mengehadkan pemandangan.“Pemandangan saya ketika memandu terhad akibata asap tebal. Saya harap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melakukan pembakaran terbuka,” katanya.Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Papar, Roslie Jun ketika dihubungi berkata, sejak Januari lalu pihaknya menerima 103 kes pembakaran terbuka sekitar Papar dan 83 kes di Kimanis.“Semua kes itu membabitkan pembakaran lalang dan hutan. Orang ramai dinasihatkan tidak membakar hutan dan lalang sesuka hati kerana cuaca panas mampu menjadikan api merebak dengan pantas.“Pihak bomba juga mengedarkan risalah mengenai pembakaran terbuka di sekitar Papar termasuk di beberapa kampung,” katanya.